Sejarah

Sejarah LeBEST

SMK Lembah Bidong ( LeBEST) merupakan sebuah sekolah yang dipilih khas untuk menjadi model persekolahan satu sesi kepada sekolah-sekolah di Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu menjadikan sekolah ini sebagai sekolah ELIT negeri yang berkonsepkan asrama penuh. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah harian berasrama dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelancaran Sekolah Elit ini dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu sendiri sempena pelancaran sekolah elit dan premier di Terengganu pada 2 Januari 2005. Manakala perasmian sekolah pula dilakukan oleh DYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Julai 2005 serta dihadiri oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Sei Hisyamuddin Tun Hussein.